Gambir Sarawak diperbuat daripada getah pokok gambir yang hanya boleh dijumpai di hutan-hutan tebal di Sarawak, iaitu di kawasan Long Panai, Marudi, Sarawak. Gambir Sarawak ini adalah 100% bahan semula jadi. Tidak pernah ada kes yang mengakibatkan kesan sampingan atau alahan akibat penggunaan Gambir Sarawak ini.
Kegunaan:
- Menghilangkan rasa sakit atau melegakan apabila luka terkena benda tajam atau apa sahaja jenis kecederaan/kemalangan berdarah
- Melegakan sakit gigi
- Mengubat gigit binatang/serangga
- Menghilangkan kesakitan disebabkan sengatan ikan (pari, sembilang, keli dll)
- Ia juga boleh digunakan untuk menguatkan seks oleh kaum lelaki
- Basahkan gambir tersebut ditelapak tangan kiri anda kemudian gosok dengan menggunakan ibu jari kanan sehingga menghasilkan cecair yang keruh keputihan pada tapak tangan anda. Ia boleh di gunakan beberapa kali selepas digunakan.
- Sapukan berhampiran/sekeliling kawasan tersebut, bukan dibahagian luka yang masih berdarah.
Bagi lelaki yang ingin kekuatan seks:
- Titikkan setitik atau sapukan diatas kepala sehingga lekuk anu anda ( pastikan hanya setitik sahaja, tidak perlu banyak ).
- Biarkan ianya selama 15-30 minit dan kemudian basuh anu anda dengan air dan sabun.
- Kini anda sudah bersedia menikmati hubungan seks bersama pasangan anda.
Ini adalah produk herba untuk 'Tahan Lama' dan BUKAN untuk masalah 'mati pucuk'.
Kepada yang pertama kali menggunakannya ( atau kali kedua-ketiga ), anda akan merasa sedikit 'menyengat' atau panas pada bahagian yang disapu tadi. Ini bersifat sementara sahaja, anda dinasihatkan supaya membiarkan sahaja rasa tersebut, lama-kelamaan ianya akan hilang dengan sendirinya.
Untuk kegunaan seks. Selepas 15 - 30 minit barulah dibasuh dengan air sabun. ( Ini adalah untuk mengelakan pasangan anda terasa atau merasa 'menyengat' atau 'panas' semasa mengadakan hubungan seks). Pada kebiasaannya, anda akan dapat bertahan selama 30 minit keatas.
Pihak kami tidak akan bertanggungjawab atas salah guna ' Gambir Sarawak ' atau untuk tujuan untuk melakukan maksiat atau jenayah. Sila baca dan faham arahan cara guna dengan betul sebelum menggunakannya. Risiko adalah atas tanggungan pengguna sendiri.